Seminar yang dicadangkan tersebut, bukan sahaja akan membincangkan retrospeksi (permuhasabahan) kemerdekaan dalam pelbagai aspek dan kategori, sebaliknya akan juga mencadangkan idea penambahbaikan aspek-aspek yang perlu dan difikirkan munasabah.
Antara fokus bidang-bidang yang dicadangkan termasuklah perkara-perkara berikut:
- Institusi Islam
- Pendidikan
- Undang-undang / Mahkamah
- Politik dan Dasar-dasar Kerajaan
- Ekonomi dan Kewangan
- Maqasid / Indeks Syariah
- Pemikiran
- Wanita dan Isu-isu Kekeluargaan
- Sosio Budaya
- Gerakan Dakwah
- Hubungan Serantau / Antarabangsa
- Lain-lain bidang yang akan diperincikan kemudian.