Seminar ini akan cuba mencapai objektif-objektif berikut:
- Melihat dan menganalisa secara kritikal serta konstruktif kemajuan dan kejayaan negara dalam aspek-aspek tertentu (khususnya dari perspektif Islam) yang telah dicapai sejak enam dekad kemerdekaan.
- Menilai kesesuaian tahap-tahap pencapaian tersebut untuk kelangsungan dengan melihat serta mengambil kira perspektif semasa masyarakat majoriti Islam di negara ini.
- Mencadangkan saranan positif dan proaktif usaha-usaha tambahan bagi menjamin kemampanan negara, menurut acuan Islam, pada masa akan datang.